Saturday 5 November 2011

SENTIASA MENEPATI JANJI


Ketika Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam berhijrah ke Madinah dia pernah berjanji akan mengembalikan sesiapa pun yang pergi bersamanya ke rumah mereka di Makkah. Setelah beberapa hari Nabi SAW duduk di Madinah, seorang peserta hijrah daripada kaum kafir rupanya tertinggal di belakang Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam. Dia meninggalkan isterinya,anaknya dan hartanya di Mekah, lelaki ini menembus padang pasir yang panas menuju Madinah. Setelah beberapa lama akhirnya dia sampai di Madinah dan tinggal tidak lama disitu. Di Madinah dia segera menemui Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam dan menyampaikan bahawa dia telah datang dan sekarang dia meminta Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam menepati janjinya.

      "Wahai Rasulullah,saya meminta engkau menepati janji mengembalikan kami ke Mekah"

       Dengan tegas dan tanpa syak sedikit pun Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam menyatakan "Kembalilah engkau ke Mekah. Sungguh aku telah terikat dengan perjanjian. Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala melindungimu"

        Sahabat ini menangis kuat kerana terharu mendengar perkataan Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam itu. Bagi Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam janji adalah sesuatu yang sangat agung. Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam merasakan besarnya pengorbanan sahabat ini untuk berhijrah, namun bagi Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam janji adalah janji ; bahkan meskipun janji itu diucapkan kepada orang kafir sekalipun. Perilaku ini perlu kita contohi dalam semua perkara, sebab mengingkari janji adalah punca hilangnya kepercayaan orang kepada kita.
Daisypath Happy Birthday tickers