Monday 28 November 2011

NABI SALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM MEMULIAKAN TETAMU WANITA


Pada suatu hari, di Madinah Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam menerima tetamu seorang wanita tua. Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam menyambut dan menjamu wanita itu dengan hormat dan dengan perasaan gembira sekali. Kerana hormatnya itu baginda sampai menghampar tikarnya di tanah untuk tempat duduk wanita itu. Banyak perkara yang dibicarakan pada masa itu kerana keduanya nampak sebagai kawan lama. Selepas tetamu itu pulang, Aisyah Radhiallahu 'Anhu nampak cemburu dan bertanya kepada baginda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, "Rahsia apa sehingga tetamu itu engkau beri penghormatan yang berlebihan, ya Rasulullah?"

       Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam hanya menjawab singkat : "Dia pernah ziarah kepada kami ketika Khadijah Radiallallahu 'Anhu masih hidup." Ertinya pada masa baginda berada pada situasi yang sukar di Mekah dahulu tetamu itu telah memberi penghormatan kepada baginda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam dan baginda ingin membalas penghormatan itu dengan lebih baik. Ini mengikut perintah Allah Subhanahu Wa Ta'ala dalam suran an-Nisa 86 : "Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan maka balaslah penghormatan itu dengan lebih baik, atau balaslah dengan yang serupa." Selain itu tetamunya itu mengingatkan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam dan Khadijah Radhiallahu 'Anhu, isteri yang dicintai baginda. Kelebihan Khadijah Radhiallahu 'Anhu daripada isteri-isteri yang lain dan besarnya kecintaan baginda kepada beliau telah disebutkan di atas.
Daisypath Happy Birthday tickers