Saturday 5 November 2011

SAHABAT YANG PATUT DIJAUHI


Ja'far Al-Sadiq berpesan: Janganlah engkau berteman dengan lima orang:

       Pertama: Pendusta yang selalu menipumu. Dia adalah seumpama cahaya panas, yang dekat kepadamu nampak jauh dan yang jauh nampak dekat kepadamu.

       Kedua: Orang dungu. Engkau tidak memperoleh sesuatu daripadanya. Dia mahu mendatangkan manfaat kepadamu lalu dia memudaratkan kamu.

       Ketiga: Dia memutuskan daripada kamu sesuatu yang kamu amat memerlukannya.

       Keempat: Orang pengecut. Dia akan menyerahkan tanggungjawab kepada kamu dan dia sendiri lari ketika menghadapi kesulitan.

       Kelima: Orang fasiq. Dia menjual kamu dengan sesuap makanan atau kurang daripada itu.
Daisypath Happy Birthday tickers