Saturday 19 May 2012

SIFAT-SIFAT WANITA KETIKA BERHADAPAN DENGAN LELAKI


Berikut adalah podoman-pedoman buat kaum wanita yang terutamanya telah bersuami,iaitu bagaimanakah menambat hati lelaki untuk kebahagiaan rumahtangga.    


PERTAMA
          Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk mengatakan ni selain dari 'Terimalah lelaki sebagai sediakala'.terima dia sebagai lelaki.Yang penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki,bukan mengubah lelaki.Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda,dia mungkin akan menjadi insan yang lain,yang mungkin tidak anda sukai,dan tidak menyukai anda.


KEDUA
         Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda,adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda,asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya.Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.


KETIGA
         Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki,malah perangai sesiapa pun,anda tidak mampu berbuat demikian.Kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu.Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda.Andasendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.


KEEMPAT
        Diatas segala-galanya,apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberilebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki.Dengan tu,anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang sanggup anda beri.


KELIMA
        Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki,janganlah anda harapkan lelaki itu percaya kepada anda.Hidup ini meminta pada yang ada,merajuk pada yang sayang.Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara mudah,bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah.Apabila dia sudah tidak percayakan anda,amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.


KEENAM
        Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki.,kerana dalam kehidupan suami isteri,sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan.Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa,pertama kuasa suami,kedua kuasa isteri.Kuasa suami adalah memulakan dan menyuarakan.Kuasa isteri adalah sama ada bersetuju atau tidak.Sekiranya kedua-duanya menyalah gunakan kuasa,maka rumahtangga akan menjadi porak peranda.Dari itu rujuklah kepada agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang.


KETUJUH
        Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya.Ramai juga yang bersifat mendesak,terlalu banyak meminta merendah-rendahkan suaminya, membandingkan suaminya dengan lelaki lain,dan memaki hamun suaminya.Sekiranya anda bersifat sedemikian,walau bagaimana kenal pun anda kepada suami anda,anda bukanlah seorang wanita yang bijak.Andalah yang mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan,tidak selesa,banyak berdiam diri.selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda.Andalah yang patut berubah.


KELAPAN
        Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini menjadi semakin maju.Begitulah juga tanggungjawab suami kepada isterinya.Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan oleh agama,anda tidak perlu risau apapun.Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak akan rugi apa-apa.


KESEMBILAN
        Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya.Ia bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki, menjejaskan rasa kepentingan dirinya,dan menyebabkan dia rasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkritik diri anda pula.


KESEPULUH
        Dia akan melakukan apa saja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu.Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh manusia iaitu(1)kehendak seks dan(2)kehendak untuk menjadi penting.Setiap orang dewasa mahukan,kesihatan,makan,tidur,wang,kepuasan seks,anak-anak yang terjaga,rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia akhirat.Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.


KESEBELAS
         Dia akan menunjukkan minat terhadap anda.Dengar apa yang ingin dikatakannya,walaupun ianya tentang dirinya sendiri atau mengenai kerjanya,ataupun kesukaannya.Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia kepada anda.


KEDUABELAS
        Anda tidak perlu bayar apa-apauntuk senyum pada lelaki yang dikasihi.Dia akan senyum kembali kepada anda.Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya.Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.

KETIGABELAS
         Sebagaimana anda mahukan lelaki itu memanggil anda dengan nama yang baik dan nada yang lembut,begitulah pula dengan lelaki.Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut,merdu dan manja sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.

KEEMPATBELAS
         Dia akan menghormati anda sebagai seorang wanita.Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya yang bertolak ansur dengannya,dia akan melakukan perkara yang sama terhadap anda.Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya,dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri malah menjadikan diri lebih terhormat.

KELIMABELAS
        Antara masalah besar rumahtangga ialah apabila masing-masing suami isteri tidak mahu berbincang secara terbuka.Dengarlah dengan baik apa yang diperkatakan oleh lelaki,nescaya dia akan mendengar pula apa yang anda katakan.
Daisypath Happy Birthday tickers