Saturday 8 October 2011

KALAU DAH TAKDIR



       Dendangan nasyid kumpulan Hijjaz berkumandang di corong radio. Nadhirah menyapu manik-manik jernih dari matanya. Dia masih merangkul Al-Quran di Bawah rimbunan kemboja. Fikirannya menerawang kembali ke zaman Indah bersama sahabatnya, Zuhana.
                                                                
                                                                ******
      "Ops,sory..sakit ke???sory la,saya tak perasan" lembut suara menyapa, meminta maaf dari Zuhana. Zuhana terpaku. Melihat tubuh insan sedang tunduk mengutip buku-buku yang jatuh itu. Dia turut menolong kemudian, dia terus berlalu. Dia terdengar namanya dipanggil "Zuhana" terima kasih sebab tolong saya,awak tidak apa-apa ke??? Pelajar yang melanggarnya tadi. "Tak" Zuhana hanya menjawab ringkas. Pelajar itu masih mengekorinya. "Boleh saya tanya,kelas 3-1 di mana??", hati Zuhana memberontak dengan persoalan pelajar itu. Ingin saja dia lari, tapi meningatkan pelajar itu adalah pelajar baru,dia terpaksa menjawab pertanyaan itu. "Ikut saya" Pelajar itu hamyamengangguk. Ketika masuk dalam kelas,Cikgu Asma' telah menyuruh pelajar itu duduk di sebelah Zuhana yang sememangnya telah lama kosong. Pelajar perempuan yang murah dengan senyuman itu terus duduk. Zuhana cuba membuka mulut untuk bertanya. "Siapa nama awak???" Pelajar itu memendang Zuhana, "La saya ingatkan awak ni trahu jawab soalan saja...."belum habis soalan dijawab, Zuhana mencelah, "kalau nak jawab, jawablah, tak payah nak berleter" oklah, nama saya Wan Nadhirah Ania, Tg. Puteri Zuhana" Zuhana memandang hairan "macam mana awak tahu nama saya??" Zuhana bertanya "Adalah" Zuhana geram soalannya tidak dijawab dengan tepat. Ingin berdebat lagi rasanya, tapi rasanya, tapi Cikgu Siti pula dah masuk Zuhana membiarkan saja.
                                                                ******
      Nadhirah berjalan perlahan, kepalanya terasa berat. Ditambah lagi dengan hangat mentari, makin menyengat bisanya. "Ira pergilah masuk kelas, Ana ada (meeting) ni, ok" Zuhana meleteri Nadhirah. Dalam hatinya terselit seribu penyesalan kerana menyuruh sahabatnya membeli makanan untuknya. Nadhirah akur, dia terus berlalu. Anak mata Zuhana mengikuti setiap langkah Nadhirah. Tiba-tiba, Zuhanameraung. Dia berlari ke arah sekujur tubuh yang terlentang. Zuhana merangkul tubuh Nadhirah. Wajah Nadhirah pucat. Kawan-kawan yang lain datang mengerumuninya. Nadhirah akhirnya dihantar ke hospital. Namun Zuhana masih berdiri di situ. Wajahnya pucat seperti Nadhirah tadi. Andai ditoreh pasti tiada darah yang mengalir.
                                                              
                                                              ******
     Zuhana merangkul erat tangan Nadhirah. Ibu bapa mereka hanya memerhati "Ira, kenapa Ira tak beritahu Ana pasal penyakit ni??? Ira tak anggap Ana ni kawan ke, atau Ana ni tempat untuk melepaskan perasaan saja." Bertalu-talu soalan yang dilemparkan kepada Nadhirah. Nadhirah tersenyum tawar, dia menyapu lembut mutiara yang julung-julung dilihat dari mata sahabatnya. "Ana, esok Ana akan bertolak ke Sabah kan??" Nadhirah cuba menukar topik perbualan mereka. Zuhana mengangguk" Ana pergilah. Ira tak apa-apa. Lepas operation nanti, oklah. Ana dah janji tak nak kecewakan harapan kita". Nadhirah bagaikan dapat mengagak suara hati Zuhana. "Ira. Ira tau tak??Iralah sahabat yang paling "best" di dunia ni." Zuhana akhirnya membuka mulut. Mereka berdua akhirnya berpelukan. Erat pelukan Zuhana bagaikan pelukan selamat tinggal buat Nadhirah.

                                                              ******
     Sebulan Zuhana di Sabah. Tidak sabar rasanya ingin pulang ke semenanjung menemui sahabat yang lama ditinggalkan. Ketika sampai di lapangan terbang, dia meluru ke arah pondok telefon. Jarinya pantas menekan nombor-nombor. "Hello Ira, Ana di Air-port ni. Dah nak berlepas dah, tunggu Ana tau, bye." Zuhana hanya meninggalkan pesan.
                                                              
                                                              ******
     Tebal baju yang dipakaikan belum mencukupi. Dingin udara dalam pesawat hingga ke tulang hitam. Zuhana mengeluarkan dompetnya, dia menetap wajah manis Nadhirah, entah kenapa hati dia terasa bimbang, bimbang andai tidak dapat berteme lagi dengan Nadhirah. Pesawat tiba-tiba bergegar. Suara ketua pramugari menyuruh semua penumpang memakai tali pinggang dan bertenang menambah gusar di hatinya.

                                                             ******
      Nadhirah berlari mendapatkan ibu dan ayah Zuhana. Mereka berpelukan. Berita mengenai kapal terbang terhempas yang berlaku semalam benar-benar mengejutkannya. Sebuah troli keluar dari bilik kecemasan. Nadhirah membuka kain putih yang menyelimuti sekujur tubuh. Dia hampir pengsan melihat insan yang teramat disayanginya dalam keadaan yang begitu mengerikan. Nadhirah mengiringi jenazah Zuhana untuk dikebumikan.

                                                            ******
       Nadhirah menyiram air mawar di pusara sahabatnya. Kini terkuburlah segala peristiwa manis bersama terkuburnya Zuhana. "Ira dah berjaya sekarang, Ana. Ira akan merealisasikan segala impian yang kita bina. Ya Allah Ya Tuhanku. Kau ampunilah segala dosa sahabatku ini. Semadikan dia dalam ketenangan,aminn" Nadhirah meraup tangannya. Dia memandang pusara itu sebelum berlalu. Bersemadilah Zuhana dalam ketenangan. Nadhirah akan meneruskan perjuanganmu. Kau sahabatku, kau teman sejati..
Daisypath Happy Birthday tickers